kalimah.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

viona – eulogi كلمات اغاني

Loading...

masih tenang
tiada ombak yang bergelora
tiada buaya yang berenang

tiada onar ribut melanda

begitu halus rekahan
yang tersimpan
di hujung ruang
jauh dalam fikiran
dan mata
kita

teguh berdiri
tak terkesan gempa sekeliling
setia berpegang pada janji
jarang sekali berlaga taring

emosi yang cukup mapan
tak terlawan
gundah gulana
bayangan keraguan
cerita sengketa

dengarlah eulogi
tentang legenda yang abadi
bersatu pahlawan dan srikandi
dendangan yang sakti
bentang kasih yang dulu putik
dalam duri, kini diselimuti melati

harum melati sungguh mengasyikkan
mabuk kepayang hampir hilang tujuan
tapi cukup berani bertahun bertahan
berahi dipendam dalam lipatan

perasaan sayang itu yang paling murni
perlahan_lahan telan khilaf segala emosi

sukar sungguh untuk bergelumang
dalam nafsu garang
dengan nawaitu mahu berperang

khayal dalam bahagia
tiada sengketa
tiada sebarang fikiran curiga
kepercayaan mengatasi segala
gagasan yang dipuja
keyakinan dua hala

hala tuju engkau aku
hampir sama dan sekufu, lalu
kita kukuh bak yang satu
takkan rebah terus maju

emosi yang cukup mapan
tak terlawan
gundah gulana
bayangan keraguan
cerita sengketa

dengarlah eulogi
tentang legenda yang abadi
bersatu pahlawan dan srikandi
dendangan yang sakti
bentang kasih yang dulu putik
dalam duri, kini diselimuti melati

dengarlah eulogi
tentang legenda yang abadi
bersatu pahlawan dan srikandi
dendangan yang sakti
bentang kasih yang dulu putik
dalam duri, kini diselimuti melati

كلمات أغنية عشوائية

اهم الاغاني لهذا الاسبوع

Loading...