kalimah.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

orfeus & louq - modus optatif كلمات الأغنية

Loading...

[orfeus]
sudah lama berteduh bawah rimbun sama
berlindung daripada ribut dan petaka
hidup dan bahagia bersama seiring
tanah kita punya hasil sama rasa
takda lebih tinggi takda lebih rendah
semua habis redah ujian tak gentar
bagaikan fabrik kita terjahit kemas
jangan terkoyak jangan benang tertetas
jangan biar dakwat benci jadikannya kotor
jangan biar rasa riak celorengkan hodoh
jangan dengar mereka melagakan kita
mereka cerita mereka-reka cerita
tali kita putus, talian hayat mereka
mahu hangat kuasa sebar ayat cereka
ayuh tenang jangan termakan racun pemecah
raikan perbezaan ragam dan rencah

[louq]
kau pandanglah aku, yang terlantar di bahu senja
siksa jalanku buntu, menahan rasa celaru keliru

[orfeus]
pecah dan perintah semua terpisah
yang memijak terus injak tak rasa gelisah
kita yang di bawah terus berseteru
setara dianggap musuh tak mampu sekutu
ragu dipupuk supaya saling menjauh
biar tiap bicara tak dapat berlabuh
di tampuk kuasa mereka tertawa
berdekah melihat kita bersengketa
sedangkan kita lebih banyak persamaan
tiada samaran jauh dalam perasaan
robohkan dinding dirikan perkenalan
sebelum musibah datang dengan penyesalan
sambut tanganku kita berikrar kita serupa
darah yang mengalir sentiasa sama
sambut tanganku kita sama berdiri
atas tanah ini kita tak lagi sendiri

[louq]
kau pandanglah aku, yang terlantar di bahu senja
siksa jalanku buntu, menahan rasa celaru keliru

كلمات أغنية عشوائية

كلمات الأغاني الشهيرة

Loading...