kalimah.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

mymotivace - kisah rider agama lyrics

Loading...

pakaian jubah serban berg_ya
selempang capal kemas di dada
simpan janggut sejemput dimuka
kongsi video motivasi agama
tulis buku ayat google semata
hidup mewah tunjuk banyak harta
konon cerita sebab banyak menderma
ramai kagum terus buat idola

bila dah glamour dia buka tabung
beri peluang buat para penyokong
kongsi pahala jariah bersambung
infak makanan quran dan tudung
bina madrasah di dalam kampung

rupa_rupanya

itu semua wayang sahaja
duit derma upgrade kereta
niat asal para penderma
hilang lenyap tak tersisa

oh! huru hara jadinya
oh! huru hara jadinya
agama dijual demi harta
tak peduli dosa etika
ini kisah rider agama
ini kisah rider agama
akhir zaman punya cerita

naaaa naaaa na na na na na na

beri kuliah sarat air mata
konon hati rindu yang esa
tak ada dalil cuma cerita
akhir kuliah minta pakat derma
tiap tahun tukar kereta
pelajar miskin hidup terseksa
guru_guru gaji tak ada
tapi mudir hidup selesa
duit berkepok berbini tiga

cakap lembut pijak semut tak mati
suruh zuhud sentiasa bersimpati
harta dunia jangan lekat di hati
sedekahlah kaya akhirat nanti

rupa_rupanya

itu semua wayang sahaja
duit derma upgrade kereta
niat asal para penderma
hilang lenyap tak tersisa
oh! huru hara jadinya
oh! huru hara jadinya
agama dijual demi harta
tak peduli dosa etika

ini kisah rider agama
ini kisah rider agama
akhir zaman punya cerita

naaaa naaaa na na na na na na

banyak lagi yang ku nak cerita
tapi lirik lagu tak mengizinkannya
walau ringkas aku berdoa
pesan ini mampu membuka mata
selidik dulu sebelum salurkan dana
bukan semua jujur cari pahala
ramai rakus bak serigala
nampak emas dan harta benda

naaaa naaaa na na na na na na

كلمات أغنية عشوائية

اهم الاغاني لهذا الاسبوع

Loading...