kalimah.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

exist’s – yang indah telah tiada كلمات اغاني

Loading...

[verse 1]
sepi, ku rasakan kehilanganmu
abadi kau dalam hati
sukar ku melupakan kenangan silam
yang kau tinggalkan padaku
takkan pernah terbilang
sebanyak mana budimu, ho_oh

[chorus 1]
ingin ku curahkan cintaku
hanya untuk membasuhi sesalanku
luah rasa rindu di gambarmu
ku titipkan kudus doaku
[verse 2]
dulu semuanya indah
sehingga ku tak pernah rasakan sedih
bagaikan dedaunan yang berguguran
meluruh ke dasar hati
saat indah terbias
meresap dalam mimpiku, wo_oh

[chorus 2]
sudah ku relakan cintaku
yang membeku bila kau meninggalkanku
sayangku padamu
takkan mampu terzahir seperti selalu

[break]

[verse 3]
pedih, ku tahankan luka di jiwa
merusuhi damai hati
pasrah, ku melepaskan kerana tuhan
maha penyayang, pengasih
kedukaan yang datang
menguji ketabahanku, wo_oh

[chorus 3]
ingin ku curahkan kasihku
andai mampu membasuhi sesalanku
perpisahan ini sudah takdir
dan tak bisa dihalangi
sayangku padamu
takkan mampu jadi sepеrti selalu
luah rasa rindu di gambarmu
ku titipkan kudus doaku
[outro]
pasrah, ku serahkan kerana_mu, tuhan
pasrah, ku sеrahkan kepada_mu, tuhan
pasrah, ku serahkan kerana_mu, tuhan
pasrah, ku serahkan kepada_mu, tuhan

كلمات أغنية عشوائية

اهم الاغاني لهذا الاسبوع

Loading...