kalimah.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

amir meludah - bohong kegeligaan كلمات الأغنية

Loading...

tunjuk-tunjuk cuba memalak
berlagak nak mengagak telan katak
ular sawa anakonda
siapa cuba patuk bisa tak ada

mereka semua sama sahaja
politikus kapitalis serta maharaja
orang hina perasan dewa
darah merah; rahsia terbuka

bantah bertengkar bersisalak
berkapak genggam batang berduri sambil menyalak
anjing hodoh sibuk jinjing si bodoh
biar perih tengok istana roboh

cermin cahaya lambung suraya
sambung cerita bangun semula
mimpi ngeri baik basuh kaki
hantu gigi makan bidadari

kelopak anak mata kering kontang
tiga malam lama tahan tidak pejam
gula-gula pandai takkan henti ditelan
mangsa diayau lari lintang pukang jalan kengkang
tanpa tentang
biar kalah pada waktu siang
janji malam tak ada pemenang

tiang-tiang aloi besi keluli
diri seorang-seorang atas bucu piramid
sikap bongkak atas dongak mula berjangkit
semut-semut mengenjit dipijak dipicit

naik rakit cuba daki gunung
tayar dah pancit masih boleh sombong
cuba perinci kata-kata kunci
belum jumpa erti sambung cari lagi

kiri dan kanan mereka menyanyi
bontot puntung rokok masih panas berapi
asas seni
tegas tak reti
bebas berkuli
lukis ilusi
hiris isi
angkat badi
akal jali

hamba mana yang kini sudah lama kembali
akur saja benar tak reti
tipu jahil senyum dalam hati
talam najis dihidang diberi
dalam terang kunang-kunang
anak sundang kadim sumbang bertukang
dosa-dosa urat mati azali

hapus kelibat gelap bayang-bayang
usus terikat tangan mula bergoyang

seratus kerat hikayat diserah
rakus dijerat dilaknat dimusnah
cicit adam beratur panjang
terjun dalam gaung mati sorang-sorang

seratus kerat hikayat diserah
rakus dijerat dilaknat dimusnah
sakit hati padi kena makan belalang
salahkan angin nangis sorang-sorang

كلمات أغنية عشوائية

كلمات الأغاني الشهيرة

Loading...